Friday, July 5, 2013

Memo Kawan

Salam.

Emi sekarang (minggu ni dan minggu depan), tinggal di rumah rakan. Menjadi peneman beliau dan anak dia. Sebab husband beliau, pergi umrah. Dan emi pun, xde masalah nak temankan dia. Sebab, emi pun duduk sorang2 kat rumah sewa. Ade kawan, leh  sembang tanya perkembangan dia. Korek-korek sikit hal orang dewasa! heeee~

Hal Orang Dewasa

Emi kenal dia sebagai J . J dan emi seusia. 26 tahun. Dan memang nampak beza bila bergandingan dengan beliau. First day time nak pergi kerja, kena tegur dengan orang sebelah.

'Awak, tumpang rumah kakak ke?'
"ha?"
"ni.. kakak ke?'
"Eh.. tak lah.. Saya ni kawan dia"

see??

Okeh.

J ade anak seorang. Dan sekarang tengah pregnant anak kedua. Indahnye hidup dia.

Emi xde masalah nak melayan karenah dia. Setakat seorang, tak dapat lawan perangai anak-anak buah yang 7 orang kat rumah. hahaha

Ape yang kami selalu bincangkan, banyak berkisar isu kedewasaan. Corak bercakap pun, ade unsur dewasa dan matang.

Oleh kerana emi ni bujang dan belum pun merancang nak tamatkan zaman bujang dengan serius, maka, isu berkaitan rumah yang nak bina tangga dan dah ade tangga, menjadi antara topik paling disentuh.

Isu rumah yang nak bina Tangga

Emi boleh simpulkan, ade tip-tip penting yang perlu diambil perhatian bila nak berkawan / nak pilih si teruna sebagai husband. (Based on experience J)

1. Money. Pantang bila lelaki asyik pinjam / mintak duet perempuan. Sebab ape? nampak lah ko ni tak bertanggungjawab. Sampaikan perempuan tu mengikat perut / pinjam duet kat member dia demi nak puaskan ati sang lelaki yang nak pinjam wet dan tak reti nak bayar.

2. Hormat. Lelaki yang hormatkan wanita, dia jaga maruah wanita. Tak kisah orang yang dia sayang ataupun wanita lain. Bila dia hormat wanita, dia hormat ibu dia. Harmonis hubungan kelihatan disitu.

3. Keluarga. Kenal lah keluarga sebelah bakal pasangan. Kenal dengan  baik. Kalau rasa keluarga dia okeh, teruskan lah. Semasa sesi perkenalan, rajin-rajinkan lah cerita pasal family masing-masing.

4. Special. heeee. Ni memang special. korang akan dapat rasa dia jodoh kita, bila kita rasa lain bila komunikasi dengan dia. Macam rasa berdebar. Cakap kat dia berdebar. Time mesej dia berdebar. Semua benda berdebar. ha.. itulah simptom-simptom jodoh anda. hahaha Truely. ni yang J rasa. Tapi, terasa special ni, depends ngan individu gak.


Isu rumah dah ade Tangga

Isu yang penting sekali

1. Keluarga. Dapat keluarga mentua yang baik, memang lah bersyukur sangat. Kalau tak, jawabnye, ketabahan anda diperlukan. Sebab tu, penting mengenali keluarga bakal sebelum kahwin. Emi rasa, memang betul pun hubungan ngan keluarga ni memang kena tengok. Sebab, bila kita kawen, kita kawen ngan family dia, bukan dia je.

2. Kewangan. Bukan materialistik. Ini membina masa depan bersama. Aspek ni kena dipandang juga selain agama di dada. Pantang juga, if perempuan yang kena tanggung perbelanjaan hidup semasa kawen. Parah kot. Kestabilan ekonomi perlu dipandang juga. Tanya koleksi hutang dia boleh?

3. Agama. Emi teringat kata member.

    'Wanita ade hak memilih imam seumur hidup dia, Sebab pemilihan imam yang terbaik, menghasilkan makmum yang lebih terbaik'

Emi setuju dengan ayat dia. Bukan emi memilih untuk membina hubungan. Emi berfikir jauh kedepan sehingga masa depan anak.



Ulasan Emi

Emi bukan seorang yang lawa untuk 'petik jari, ramai yang datang'. Emi tau, ade lelaki yang cakap macam itu ngan emi. Dan emi pun bukan jenis yang main petik-petik jari ni.

Serius

Emi percaya, Allah akan tutunkan hati imam yang terbaik untuk mendekati kita dan seterusnya menjadikan kita yang halal untuk dia. Ini semua janji Allah.

Dan

Emi tak ralat dengan perhitungan Allah. Allah tau emi layak mendapat nikmatNya dengan cara Dia.

Ya

Emi akui, ade satu tahap emi penat nak layan persoalan berkaitan isu jodoh ni. Emi hanya mahukan kamo sang imam pilihan Allah:

'If kamu rasa sayalah terbaik disisi kamu untuk sepanjang hidup kamu, saya jemput datang kerumah saya. Kenal parents saya. Saya hanya mahukan kamu yang yakin saya adalah suri kamu. '

Dan bila emi mengatakan persetujuan, means, emi dah yakin akan kamu.

Emi sekarang, keep ignore dengan semua ini.

Penat.



Teruskan hidup. Ade orang tanye, jawab. Kalau tak, emi jalani kehidupan emi. Membina kerjaya. just it.

Penutup

Isu ni, memang menyampah nak bincang. Sebab, tak akan abis pun. hahaha

Honestly, emi sekarang dok survey harga untuk majlis perkahwinan. Garu kepala tengok harga. Sampai umo berapa ni mau kawen?? adeh

Pengakhirannya, Tak yahlah dok pening fikir pasal benda-benda ni. Nanti sampai masanya, pikirlah semasak-masaknya. Sekarang kutip je pengalaman orang lain. Jadikan teladan dan sempadan. Inilah hikmahnye kawen lambat k. hahahha

THE END

 Ezzatul Zaharah. 
Kak Long ni baru berjinak-jinak pakai tudung!

 P/S : # my day!! Snap picture before and after!! wajib!!

  




No comments: