Monday, August 6, 2012

hye raya! Versi Kueh semperit

Salam.

Ketidak stabilan mood menjadi-jadi. Kurang acuan mungkin. arghhh

emi tak tau nak wat pe. Tapi yang pastinye mau mengumukan,ini hari (isnin) emi cuti k! Sebab emi keje kat selangor! yeahhh~

Aktiviti yang di buat, wat kueh semprit! habis hancur berderai sebab terlalu rapuh. Berkira-kira mau letak topping coklat yang nyummy! arghhhhh jadinye, acuan perlu di adjust! ini first trial. Next time cuba lagi. Ntah bile masa tu. adeh.

Meh kongsi kueh semperit yang nyummy cair di mulut~ nyummmmyyy


macam ni lah rupanya!
Bahan-bahan

3 cawan tepung gandum
1 cawan tepung castard
250gm butter
1 biji kuning telur
sedikit esen vanila
1 1/2 gula

Cara-cara

1. Gaul gula dan butter hingga kembang. (kembang means jadi warna putih)
2. Masukkan telur dan esen vanila.
3. Masukkan kedua-dua tepung yang telah diayak.
4. Kacau hingga sebati.
5. Letak pada adunan. Bakar pada suhu 160C selama 15minit.


senang an. Tips berguna membuat kueh

1. Panaskan oven sebelum membakar kueh okeh!
2. Jangan pukul butter terlalu kembang nanti kueh ak naik.
3. JIka tepung dijemur dahulu, lebih baik.
4. Adunan peringkat awalan menggunakan mesin pemutar. Semasa masukkan tepung, digalakkan menguli menggunakan tangan.


Itu je tips dan resepi ari ni! emi takut next raya lupe lak resepi ni. Hihi

p/s : baju raya belum jahit manek lagi! arghhh




No comments: