Sunday, March 31, 2013

Majlis Pernikahan

Alhamdulillah..



Selesai everything. Hari khamis emi start cuti.. Punya penat sampai maghrib terus collapse tido kepenatan di siang hari. huuu~

Kali ni, emi pakai inai sebelah kiri je.. Lengkap.. macam orang yang nikah lak an?? hahaha

Kalau terfikir nak wat keje jahat, sarung cincin siap-siap. huh.. Baru nampak cool.. :p

Actually,

Ingat tak, emi ade post pasal my close cousin yang bertunang ritu? ni lah majlis pernikahan beliau.

Beliau bernikah pada 29.03.2013. Bersamaan hari Jumaat di Masjid Alrohimah, Banting.

time bertunang..
emi jadi pengapit

time nikah pun same..
pengapit gak..
ni lah my close cousin..
kiri, awe, ajar, emi

Emi ade 3 orang je close cousin. Sebab kami usia berderet.. Masa kecik2, maen same-sama.. heee~

Dan actually. dua-dua orang ni dah kawen.. 

Awe yang paling muda.. 23 tahun.. Ajar lak, 25 tahun.. dan emi 26 tahun.. tapi, emi paling kecik an??

inilah muka2 yang berhempas pulas tulun si pengantin siapkan barangan perkahwinan..

dan satu perkara kitaorang wajib buat bila ade majlis yang perlukan inai, kami bertiga WAJIB pakai inai gak! hahahaha

step to do..

creation of inai..

Tahniah hajar aka godek!! 
nice kan!!
idea emi yang menjadi.. heee
lovely couple


kenangan semasa sesi outdoor shoot.

Allah itu Maha Mengetahui bukan.. 

Jika kau tidak dapat memperolehi apa yang orang lain dapat, tapi kita akan dapat yang orang lain mungkin susah nak dapat. 

Emi bersyukur sangat punya niece yang sangat ramai.. cousin2 yang sangat hepi go lucky.. laughing and gosipping every single moment time. I enjoyed all that time.

I know, I have limited time to sit down and share everything whole my life with you. But, deep in my heart, I enjoy every single second with you.

love,
aimi




p/s: My friend say, this day is my big day. He send me congrats early. And I?? dupduapdap..<truely?>

Thursday, March 28, 2013

Kawan ku Bernama Wani

2 February 2013


Tarikh keramat untuk BFF since zaman sekolah menengah. Dulu dia hadir kesekolah, sebab ayah dia transfer ke Banting. Dan dia duduk belakang emi. Time tu form 2. Dan kami jadi makin rapat!

Emi ingat lagi.

Masa form 3, kami satu kelas. Dan kami berlawan sesama sendiri no 1 dan 2. heee~

Emi ajar dia sejarah. Sebab sejarah ni, teori banyak. Tips nak tackle soa sejarah, semua emi turunkan. Seronok sangat tengok bff sendiri dapat skor time PMR!

Dan hasilnya, result kami cemerlang! cikgu2 yang ajar kelas kitaorang, masing2 dok bangga. Mana taknye an.. kami je yang ke kelas sains 1! kelas Alpha. wuuuu~

Agak kekok masuk kelas tu, sebab major kelas tu, dak kelas lain. dan kami je kat situ. heee~

Alhamdulillah.

Selepas SPM, beliau masuk Kolej Matrikulasi Perak. Sebab, family dia akan pindah semula ke Taiping.

dan emi lak, kat Kolej Matrikulasi Melaka.

Jauh an kami terpisah..

selepas tu, kami jumpa semula kat Universiti Malaysia Sabah! waaaa

Jauh gler an..

Dan sekarang, menginjak usia 26 tahun, beliau langkah kedepan dari emi..

Beliau bertunang.

Dan emi rasa gembira untuk dia. Sebab macam-macam halangan tau dia nak cari calon.! hahaha

dan beliau ialah

Nur Wanie

beautiful girl~

bermanja

Si tunang

Mau tau sesuatu.. ini cerita kami ber tiga... bff dengan bff!! 

emi, wani, Asnida
I`m the smallest one.. ALways, (=_ )''

Kami kawan sangat unik. Dan ungkapan yang paling kuat, bumi ni kecil dan menguatkan ikatan ukhuwah!! huuu~

Asnida ni, roomate Wani time kat matrik. Dan As ni, coursemate emi time kat UMS dulu. Amik geology. Dan kami bff tau!

Maka, emi punya bff dua orang disini tapi, cerita kami berbeza!

Wani =bff sek menengah
Asnida = bff zaman uni kat UMS

see

indahkan! heee~




lovely bff forever and ever


and.. I`m glad have both of you! <3

all my bff is far far away.. but, friendship never end 


p/s: Inai dah pakai di jari. Menanti ukiran petang ni.. yeahhh






Sunday, March 10, 2013

Rakan Baik Selamanya


Rakan Baik Selamanya atau diterjemahkan sebagai Best Friend Forever. (BFF). Klasik an nama bila bertukar ke bm. kiki

Emi punya seorang BFF time zaman matrikulasi. Zaman yang sumpah giler-giler. Dan giler-giler ni bersama si BFF! <sengih-sengih>

BFF ni merupakan geng jogging. Kami rajin joging k! dulu emi duduk kat blok B1 dan BFF kat blok B2. kiranya, sebelah blok je r an. Dalam tengah kawasan antara blok, ade kawasan kosong unutk riadah. Dan kami joging disitu!

Yang ironinya, kami ni joging ada habit. Pusing 3kali kat tengah-tengah dalam masa 15 minit, pastu kami pusing kat jalan besar. Bahagian depan matrik. Pusing sekali je!

Sebab, kami akan stop if bersilang ngan dak laki. hehehe dan emi masih ingat, satu pokok kat tebing belakang padang. Port paling baik untuk misi kitaorang. <gelak> . Lepas stretching badan kat jalan, ape lagi, berlumba naik tebing! sampai kat pokok, tendang pokok itu. <gelak>. Dan emi jelah tendang xde kesan kat pokok tu. hehehe Rindu sangat zaman matrik.

Port tu pun, pat kitaorang skodeng dak laki yang joging. hahaha kan tempat tu tinggi. Tebing an.. Skodeng sambil tutup mulut. Cehhh macam diorang tak kenal kitaorang! kiki

Satu hal lagi, matrik ramai student. Maka, kebarangkalian terserempak semula adalah susah. kecuali, anda kaki joging macam kami. Nampak lah muka sama je petang-petang.hahaha

Biasanya, kitaorang g joging bawak jam je. Hp dan wet x bawak. Dan acapkali, lepas joging masing-masing lapar. Mulalah pergi bilik dak2 kelas kitaorang pinjam wet! hahaha dan mangsanya, bilik Ainun! rindunya ngan ainun~~

Kami ni ade feel yang xleh blah.Suke makan aiskrem. Ade je masa terluang antara kelas, g koperasi dan beli aiskrem. Manis kan dikenang. Ingat lagi, terkantoi masuk kelas lewat <kelas Inggeris> sebab g koop makan aiskrem ngan bff. Terkantoi dengan dak klass. Arep Spek, Zaini dan Faiz. adehhh

My BFF = Wan Nur Fahilah Wan Musa



Beautiful ladies.. Single.. Tough person. How lovely for this girl.

Dan, minggu lepas, kami hangout!

After kelas kat UPM, diey dah tunggu kat parking. Ape lagi, emi pun bawak lah beliau ke Wangsa Walk! First thing adalah makan. Sebab lapa sangat an.

@ mee udang Mak Jah

Selepas tu, bersiar-siar di wangsa Walk.. Boring.. dan inilah kesannya.

testing kerusi ni!

okehh emi promote sangat korang beli produk ni..
Best for ladies yang naga tulang pelvis k!
sangat best..
Pelvis terbentuk molek gitu..
hehehe

Dan, mengambil masa lepaking kat tasik! Tasik yang ada maen layang-layang tu.. kat Selayang. Nasib baik time kami datang, ade karnival hari wilayah. So, sangat meriah sebab banyak gler aktiviti kat situ.

lumba kereta!! see sapa depan ?? :p


kanvas yang menarik!

motor boat k tengah race!

weeehuuu~ layang-layang.. mau terbang!

Sekejap, namun luangkan masa dengan diey, wat emi terkenang zaman belajar dulu.

Kami masuk matrik time umo 18-19tahun. Fasa memang remaja kan. dan sekarang, kami berusia 26tahun. ohhh cepatkan masa berlalu!

Lihat badan, memang ku akui. Emi still maintain. Mana tau an, after 20 tahun, badan naik. heeeeee~

Doakan kami baik-baik aja an.

cinta boleh dicari, tapi kawan??

Semoga sampai jannah k..
emi doakan diey boleh join kelab kurus emi k! kiki


p/s: emi punya bff lagi time matrix. dan still keep in touch sampai sekarang. emi akan update setiap kali hang out dengan kalian k!

#esok misi menakluki bukit tabur! doakan emi k! love <3
















Sunday, March 3, 2013

UPM ohh UPM

Salam.

Minggu penuh berilmu dan memenatkan.

Masuk minggu kedua dan penat. uhhhhh

Bertahan sampai ke habisan k!

Sempat menyelitkan diri menghadiri Majlis perkahwinan rakan sekolah rendah. Ug dan pasangan serta Abe dan pasangan. Emi doakan kesejahteraan kalian!

Love <3

emi.


lake side view from eng fac UPM


#sok kelas kul 9pagi! jangan gerak lambat mcam tadi! ahakss